haih. sedih enn bile aku da nak kene benti keje. sedih sgt. time buat surat nie pon aku agak sedih. yelaaa, nak kat 6 bulan jgk laa aku keje kat klinik nie. tgk2 kene benti sambung belaja. pape pn da memang suratan takdir ececeh. ok la, kat sini aku nak kongsi sekali ape yg aku telah tulis ahaks! tp sori beb, bahse mlayu aku agak corott wakaka!
Nur Hidayah Binti Zahari
Jalan Tanjung Gelang,
30/4 Seksyen 30,
40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Poliklinik Shaik Sdn Bhd,
No 7 Jalan Anggerik Vanilla 31/N,
40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
28 APRIL 2010
.
Tuan,
Dengan hormatnya merujuk perkara diatas dukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama diatas akan meletak jawatan sebagai pembantu jururawat berkuatkuasa SEMINGGU dari tarikh diatas, di klinik tuan kerana ingin melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Arau, Perlis pada 10 Mei 2010.
2 .Saya ingin memohon maaf diatas keputusan ini. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih diatas peluang dan tunjuk ajar yang pihak tuan berikan sepanjang saya berkhidmat disini. Saya juga ingin memohon atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan sepanjang saya bekerja. Semoga apa yang tuan berikan selama ini mendapat nilaian baik disisi Allah. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian terima kasih.
Yang Benar,
………………………
Nur Hidayah Binti Zahari
No comments:
Post a Comment